Tuesday, July 1, 2014

Resepi Nasi Ayam Madu Sedap



CARA BUAT NASI AYAM MADU


PENGENALAN

Madu mengandung energi, vitamin, mineral, dan enzim yang diperlukan oleh tubuh. Khasiat madu iatu dapat menyembuhkan penyakit tipus, gangguan pencernaan, flu, radang tenggorokan, dan ubat untuk mengatasi keracunan. Madu bersifat sebagai antibiotik.

Resepi Nasi Ayam Madu ini merupakan salah satu hidangan makanan sehat yang berguna bagi kesehatan dan proses pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan manusia.

Nasi ayam madu banyak terdapat di restoren dan menjadi pilihan ramai. Resepi Nasi Ayam Madu juga menjadi pilihan untuk hidangan berbuka puasa pada bulan Ramadhan.

Terutamanya kanak-kanak yang menggemari hidangan ini kerana dihidangkan bersama ayam dan sup.


NASI AYAM MADU RESEPI


Bahan-bahan:

A. bahan2 untuk nasi:

·         3 pot/cawan beras - dicuci dan ditoskan

·         1 sudu besar minyak sapi

·         sehelai daun pandan - dicarik atau disimpulkan

·         setitik pewarna kuning

·         garam secukup rasa

·         air rebusan ayam secukupnya


bahan2 kisar:

·         2 biji bawang merah

·         1 ulas bawang putih

·         1 inci halia


B.bahan2 untuk ayam:

·         seekor ayam - dipotong ikut suka-

·         2 sudu makan serbuk lada sulah

·         1 sudu makan serbuk lada hitam

·         1 sudu makan jus lemon atau sos plum - ganti perahan limau nipis

·         1 sudu makan sos cili

·         1 sudu makan sos tiram - letak 2 sm

·         2 sudu makan minyak zaitun / masak - digunakan jika bakar di dalam oven

·         garam dan gula secukup rasa - ganti gula dengan madu

·         tambah 1 sm kicap manis


bahan2 kisar:

·         7 biji bawang merah

·         3 ulas bawang putih

·         1 inci halia


C. bahan2 untuk sup:

·         air rebusan ayam

·         sedikit serbuk lada hitam

·         1 ketul stok ayam

·         garam secukupnya

·         sedikit daun sup dan daun bawang


bahan2 tumbuk:

·         1 biji bawang merah

·         1 ulas bawang putih


D.bahan2 untuk sambal cili /sos

·         3 batang cili merah

·         1 ulas bawang putih

·         1 sudu besar sos cili

·         1 sudu besar sos tomato

·         garam dan gula secukupnya

·         sedikit jus limau kasturi / lemon / nipis

·         air masak secukupnya


E.bahan2 untuk kicap:

·         5 sudu besar kicap manis

·         1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air

·         air secukupnya - kepekatan dan kecairan bergantung pada selera masing2




bahan2 untuk kicap pedas:

·         7 biji cili padi

·         1 ulas bawang putih

·         sedikit kicap manis dan kicap masin

·         sedikit jus limau kasturi / lemon / nipis

·         sedikit air masak



CARA-CARA


CARA MEMBUAT NASI

1.      panaskan minyak sapi

2.      tumiskan bahan2 kisar berserta daun pandan sehingga wangi

3.      masukkan pewarna kuning dan kacaukan rata

4.      kemudian masukkan ke dalam rice cooker bersama dengan beras

5.      akhir sekali masukkan air rebusan ayam dan garam secukup rasa

6.       tanaklah seperti memasak nasi biasa


CARA MEMBUAT  AYAM MADU

1.      ayam direbus dengan sedikit garam sehingga separuh masak

2.      angkat dan toskan sehingga kering

3.      air rebusan ayam jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi

4.      kemudian gaulkan ayam dengan semua bahan selama 1 jam atau pun ingin lebih mudah, bahan-bahan utk perapan ayam dicampurkan dlm satu mangkuk barulah diperap dengan ayam

5.      selepas itu gorengkan sehingga masak dan garing

6.      jika suka boleh jugak dibakar di dalam oven dengan melengserkan dulang pembakar dengan sedikit minyak zaitun / masak

7.      susunkan ayam dan tutupkan dengan kertas foil- tak tutup pun dg foil

8.      bakar pada suhu 180C selama 30 min - mama bakar guna api atas bawah

9.      selepas itu keluarkan dulang pembakar dan renjis2kan sedikit ayam dengan bahan perapan dan bakar semula selama 10 min atau sehingga masak


CARA MEMBUAT SUP

1.      panaskan air rebusan ayam dan masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang

2.      sesudah masak barulah ditaburkan dengan daun sup dan daun bawang



CARA MEMBUAT SOS/SAMBAL CILI


1.      Kisar semua bahan sehingga lumat

2.      Masak bahan kisar tadi (sekejap sahaja) dan sedia untuk dihidang.


CARA MEMBUAT KICAP

1.      masakkan air dan kicap sehingga mendidih

2.      masukkan air tepung jagung dan kacau sehingga kuah agak pekat


CARA MEMBUAT KICAP PEDAS

1.      kisar semua bahan sehingga lumat dan masak untuk seketika


Penyediaan hidangan:

        Hidangkan resepi nasi ayam madu bersama ayam,sup,sos kicap,sos cili,salad,timun dan buah tomato.

        Untuk membuat nasi dwi warna. Contohnya,warna kuning dan warna asal.Untuk mendapatkan warna begini,semasa nasi hampir kering buatkan lubang dan masukkan pewarna kuning&kunyit yg dah dicampurkan dengan sedikit air.Buat beberapa lubang...dan tutup.biarkan nasi masak spt biasa.